Hari ini hari bersejarah umat Islam. 3 Mac. Tanggal kejatuhan khalifah Uthamniyyah dan berakhirnya khilafah di dunia Islam. Suatu hal yang sebenarnya kita boleh membuat persoalan. Mengapa boleh jatuh?
Ada yang akan beri jawapan:
"kerana konspirasi yang dilakukan oleh Yahudi dan gerakan freemason!"
"kerana umat Islam membelakangi ijtihad (pintu ijtihad tertutup)!"
"Umat Islam ketika itu tak kuat, lemah"
Rasanya tidak perlu pergi jauh. Kita cuba memandang sekeliling kita, bagaimanakah keadaan umat Islam kini?
Malas, suka kepada hiburan, individualistik, mengejar kekayaan, suka fitnah memfitnah dan sebagainya.
Dulu kita digelar sebagai sebaik-baik ummah. Dan sekarang, layakkah kita digelar umat yang terbaik?
Kita ramai, namun tidak mampu mencegah kemaraan kekuatan pihak musuh.
Dimanakah kekuatan umat Islam kini?
Sejarah membuktikan sewaktu perang Badar, umat Islam ketika itu sedikit, begitu juga perang-perang yang lain, umat Islam pada ketika itu hanyalah golongan yang sedikit, namun mampu memenangi perang tersebut dan mengalahkan golongan yang ramai menentang Islam.
Kuncinya adalah taqwa.
Sejauh mana ketaqwaan umat Islam kini kepada Allah swt? Matlamat umat Islam terdahulu jelas. Baik matlamatnya di dunia dan akhirat.
Renungkan saudara-saudaraku, bagaimana di dalam peperangan yang umat Islam sedikit, mampu mengalahkan pasukan yang besar?
Teknikal? Tektikal? atau apa?
Mereka semuanya bergantung kepada Allah swt. Berusaha untuk mencapai satu matlamat. Hidup di syurga dengan mendapatkan gelar syahid dari Allah swt. Oleh sebab itu, mereka mencintai mati. Tidak seperti kita sekarang ini, takut untuk mati kerana cinta dunia melebihi kecintaan kita kepada Allah swt.
Kelemahan umat Islam selepas sebelum kejatuhan berpunca dari umat Islam yang mencintai kehidupan duniawi, dan malas akibat merasa megah dengan apa yang ada.
Yang baik dilihat buruk. Semuanya serba tidak kena. Sehingga terjadilah fitnah yang pada akhirnya masa yang seharusnya digunakan untuk mendaulatkan Islam, menjadi sesuatu malapetaka bagi umat ini.
Sahabat-sahabat sekalian.
Sungguh, tak perlu kita menunggu Imam Mahdi atau Nabi Isa turun ke Bumi bagi menyelamatkan kita. Cukuplah kita dengan memperbaiki diri dan berusaha mengajak sahabat-sahabat kita ke arah kebaikan dan pada akhirnya matlamat mendaulatkan Islam di serata dunia terealisasi.
Muhasabahlah diri kembali, apakah kita sedang menunggu, atau kita menjadi seorang yang bergerak, untuk memastikan kemenangan Islam terealisasi dengan pergerakan kita.
Ayuh! Bergeraklah sahabat-sahabat sekalian, Janji Allah itu pasti, bukan dicapati!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan