Ahad, 3 Mac 2013

Skripsi: Nervous



Dulu melihat sahabat-sahabat membuat skripsi, diri ini masih masuk ke kuliah. Sahabat-sahabat yang ingin menyelesaikan kuliah, sering menghilang. Ke Perpustakaan. 


Bila di tanya, mahu kemana? Pasti jawapannya ke perpustakaan. 

Namun sebenarnya saya tidak merasai apa yang mereka rasakan pada ketika itu. Hanya menjadi seorang yang hanya menguruskan setiap tugasan yang ada dan menguruskan tanggungjawab yang berada di bahu.

Besok bermulanya semester baru. Adik-adik pergi ke kuliah menimba ilmu. Dan saya berada di semester 10. Moga-moga ini semester terakhir saya di Banda Aceh, atau lebih tepatnya di Indonesia. 


Dan sekarang saya merasai satu kelainan dan perubahan dalam pola hidup seorang yang akan dan bakal menjadi seorang sarjanawan. 

1. Merasakan tanggungjawab seorang yang diberikan ilmu
2. Perasaan yang tidak menentu. 

Yang kedua itulah yang sebenarnya menghantui para sahabat-sahabat saya sebelum mendapat gelar sarjana. Bangun pagi, sudah ada di dalam kepala, "Aku harus mencari bahan skripsi." Perasaan ini membuatkan diri menjadi gementar dan takut akan sesuatu.

'TIDAK LULUS PADA SEMESTER INI'

Ia akan membuatkan kita menjadi stress yang berpanjangan. 

Dan saya merasakannya. Terasa berat memikirkannya. 

Emosional kita berubah. 

Dalam hal ini, kita kena bijak menguruskan emosional kita. 

Maaf kepada sahabat-sahabat jika pada ketika ini saya di lihat sebagai seorang yang dingin dan kelam kabut. 

Nasihat ini buat diri saya dan sahabat-sahabat yang bakal mengakhiri kuliah. Dan juga sekadar perkongsian kepada adik-adik yang masih meneruskan kuliah. 

Dalam pada itu, kita jangan lupa, kuatkan hubungan kita dengan Allah swt, banyakkan ibadah-ibadah sunat dan banyakkan membuat perencanaan. Sungguh, pada waktu ini, pengharapan kita kepada Allah swt sangat-sangat kuat. 

رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلاَنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir" (Al-Baqarah : 286)

Selamat meneruskan pengajian kepada adik-adik yang masih meneruskan kuliah dan selamat menempuh perjalanan skripsi dan Kuliah Pengabdian Masyarakat (KPM) yang akan datang bagi calon-calon sarjanawan dari Malaysia, IAIN Ar-Raniry, Banda Aceh.

Tiada ulasan: