Selasa, 12 Mac 2013

Satira 1: Mohonlah Kekuatan Dari-Nya


"Allahu akbar akhi, bila kita menegur, dia membalas dengan kata-kata yang menyinggung pula."

"Mengapa?"

"Mungkin mereka merasakan mereka sudah dewasa, mampu membuat keputusan sendiri. Menganggap diri sudah pandai."

"Mungkin dia tak tahu tu, tegurlah dengan baik-baik."


"Tapi dia pelajar agama!"


"Tak semua pelajar agama mampu untuk menghayati ilmu agamanya."

"Tapi..."

"Kita penyeru, bukan penghukum. Hidayah milik Allah. Dialah yang memberi petunjuk. Hatta dia bukan muslim sekalipun."

"Diakan tahu Allah itu Maha Melihat, Maha Mendengar?"

"Terkadang Allah swt menutup pintu hatinya, sehingga dia tidak sedar bahawa Allah swt melihat-Nya. Orang yang membuat dosa itu sebenarnya tidak sedar kerana tidak mampu mengawal dirinya sendiri."

"Jadi, bagaimana untuk menegurnya?"

"Nasihatilah! Jangan mudah berputus asa dan mengeluh! Rasulullah saw pun mengejak manusia, tetapi di lempari najis dan batu!. Mohonlah kepada Allah agar diberikan kebaikan kepada-Nya."

"Bukannya mudah, ana tak kuat..."

"Tak kuat kerana hubungan dengan Allah swt masih jauh, maka kuatkanlah hubungan dengan Allah swt, kerana Allah-lah yang memberi kekuatan!"

Terdiam

"Ingatlah akhi, kita umat Islam di iktiraf oleh Allah swt kerana kita sebaik-baik manusia yang di lahirkan. Siapakah sebaik-baik manusia itu? Mereka adalah orang yang menyeru manusia kepada kebaikan, dan menegah mereka dalam melakukan kemungkaran. Walau kita tidaklah sehebat alim ulama, tetapi kerana kita percaya Syurga itu bukan mudah dimasuki, maka kita kena memaksa diri kita, hatta dengan cara apa sekalipun. Yang penting kelembutan itu biarlah berbekas."

"Ibarat mawar yang berduri..."

Kedua-dua sahabat itu tersenyum.


--------------

وَاجْعَلْ لِي وَزِيرًا مِنْ أَهْلِي (٢٩)هَارُونَ أَخِي (٣٠)اشْدُدْ بِهِ أَزْرِي (٣١)وَأَشْرِكْهُ فِي أَمْرِي (٣٢)كَيْ نُسَبِّحَكَ كَثِيرًا (٣٣)وَنَذْكُرَكَ كَثِيرًا (٣٤)

"Dan Jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku. Iaitu Harun saudaraku. Kuatkanlah Dengan sokongannya, pendirianku, Dan Jadikanlah Dia turut campur bertanggungjawab Dalam urusanku, Supaya Kami sentiasa beribadat dan memuji-Mu, Dan (supaya) Kami sentiasa menyebut dan mengingati-Mu." (QS: Thaha: 29-34)

Semoga Allah swt memberi kekuatan untuk kita berubah ke arah lebih baik. Kan? ^^

سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم

2 ulasan:

Dzasc Skachers berkata...

ana tak larat.. :D

weh asal dot net pulak? tak kene la dengan header hg...

Abdullah Hakimi berkata...

Nak wat guane kalau dah [dot] com tak dapat nak guna.