Isnin, 12 Mei 2014

Brunei dan Kita

Lihat status sahabat-sahabat baik di Malaysia dan di Indonesia, ramai apabila melihat hukum syariah Islam dilaksanakan di Brunei mengatakan:

"Ayuh kita pindah Brunei."

Alhamdulillah, kita yang beragama Islam merasa berbangga di sebuah negeri di kepulauan Melayu, telah dilaksanakan hukum itu.

Ya, nada mungkin sekadar gurauan untuk berpindah di sana. Namun mungkin kita terlepas pandang, apabila kita membaca balasan Sultan Brunei terhadap masyarakat yang memprotes di Barat, adalah sayogianya cuba kita bacakan untuk diri kita.

Tempat kita bagaimana?

Masalah-masalah yang berada di sana juga ada ditempat kita juga?

Jika kita berpindah ke sana, siapa yang ingin memperjuangkan hukum itu di sini? 


Jangan jadi 'selfish'.

Lihat saja sahabat-sahabat nabi saw, walaupun mereka berjaya menaklukan Mekah dan melaksanakan seluruh intipati ajaran Islam, namun mereka juga tetap keluar, untuk mengembangkan, menguatkan dan menjalankan perintah agama.

Yang kita ingin lihat bukan saja di Brunei, malah di seluruh dunia kita mahu lihat hukum Allah ditegakkan.

Urusan mereka di Brunei telah selesai, ayuh kita perjuangkannya ditempat lain pula.

-----------------

Dulu ramai diantara kita agak skeptis dengan hukum ini, walaupun bersumberkan al-Quran dan Hadis serta telah dibahas oleh berbagai ulama, namun sekarang ini banyaknya seminar-seminar dan program-program untuk menerangkan apa itu hudud.

Selama ini masyarakat tidak cakna mengenai hal ini. Namun oleh kerana hidayah Allah itu tidak ada penghalang, maka kita sebagai hamba-Nya tidak mampu untuk menghalangnya.

Ibarat matahari menyinari, seandainya kita mencuba untuk menghalang cahayanya, masih banyak tempat yang masih terkena sinarannya.

Dia Maha Tinggi. 

Tiada ulasan: