Dalam catatan sejarah adadi kalangan nabi dan rasul dibunuh oleh kaumnya, contohnya Nabi Yahya dan Nabi Zakaria a.s dibunuh dengan kejam oleh kaumnya dengan menanam hingga ke paras pinggang lalu digergaji hingga terbelah dua.
Dibunuh kerana nabi tersebut mempertahankan kebenaran ajaran berdasarkan tauhid kepada Allah SWT hingga ke akhir hayatnya.
Ketegasan pendirian mereka amat jelas, jika putih di kata putih tanpa dolak dalih, meskipun nabi berkenaan menemui ajalnya, tetapi ajaran mereka diterima juga oleh sebahagian manusia. Sebagaimana kisah Firaun yang kejam hingga kanak-kanak yang tidak berdosa dibunuh untuk menyekat hakikat berita dikhabarkan oleh para ahli nujumnya yang mengatakan bakal munculnya seseorang yang menentangnya.
Namun Firaun gagal menyekat kemunculan orang yang di bimbangi. Akhirnya dengan takdir Allah SWT orang yang ditakuti kemunculannya itu dibesarkan dalam istananya sendiri.Oleh sebab itu Usaha Nabi Musa berdakwah dan mengajarkan tanpa erti kenal jemu dan putus asa, walaupun Firuan dan menteri-menterinya melawan tetapi dalam senyap, isteri Firaun turut menganuti ajaran Nabi Musa.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan datanglah seorang lelaki dari hujung kota bergegas-gegas seraya berkata, “Wahai Musa, sesungguhnya pembesar negeri sedang berunding tentang kamu untuk membunuhmu, sebab itu keluarlah (dari kota ini), sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang memberi nasihat kepadamu.” (Surah al-Qashas ayat 20)
Lelaki yang datang memberitahu Nabi Musa a.s semestinya orang yang beriman dengan Nabi Musa, menunjukan bahawa selain daripada isteri Firaun, terdapat juga lelaki yang beriman menganuti ajarannya.
Walaupun Musa ditentang dan dihalang, kesudahan ajarannya diterima juga oleh segolongan manusia.
Nabi Musa bukan saja berjaya dakwah senyapnya, hingga banyak dikalangan rakyat menjadi pengikut Musa beriman kepadanya. Malah berjaya membawa pengikutnya menyelamatkan diri dari ancaman maut Firaun dan tenteranya. Dengan pertolongan Allah SWT, maka lautan yang menjadi halangan, terbelah menjadi lebuh raya selamat untuk nabi Musa dan pengikutnya. Sebaliknya ia menjadi perangkap maut kepada Firaun dan tenteranya. Demikianlah kisah sejarah nabi-nabi yang terdapat dalam al-Quran.
Antaranya ialah bangsa ‘Aad dan Tsamud, yang kini pupus generasi keturunannya dilenyapkan oleh Allah SWT dari muka bumi ini. Bangsa yang pada zamannya bertamadun tinggi, sebagaimana dinyatakan oleh firman Allah SWT bermaksud:
“Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum ‘Aad?”
“Iaitu penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi.”
“Yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti tu oleh negeri-negeri lain.”
“Dan kaum Tsamud yang memotong batu besar dilembah, kaum Firaun yang mempunyai pasak-pasak (tentera-tentera yang banyak)” Surah al-Fajr ayat 6 hingga 10
Bangsa yang gagah perkasa dan bertamadun tinggi pun boleh dilenyapkan, baka generasinya pun dilenyapkan diatas muka bumi. Insan daripada kalangan bangsa yang miskin dan lemah takkan Allah SWT tidak boleh lenyapkan juga sekiranya mereka terdiri dari penentang nabi dan Rasul a.s.
Dengan demikian aka nada rasa gerun dan gentar untuk mengingkari, apatah lagi mencabar Allah SWT dan utusan-Nya seperti kaum ‘Aad dan Tsamud. Demikianlah kisah golongan penentang para nabi dan rasul termuat dalam al-Quran. Sewajarnya menjadi iktibar dalam kehidupan insan yang beriman.
Kesan yang mendalam di hati pembaca al-Quran yang memahami maksudnya iaitu rasa dukacita dan takut serta penuh harap, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud,
“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka memperteguhkan pendirian mereka, maka pra malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): “janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih, dan gembiralah dengan syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu”
“Kamilah pelindungmu dalam kehidupan dunia dan diakhirat. Dan didalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kami pinta.” (Surah Fushilat ayat 30-31)
Ayat ini menceritakan orang yang beriman, istiqomah dan cekal hatinya dengan keimanannya, Allah SWT turunkan malaikat lalu ditiupkan di dalam hatinya semangat, menyebabkan dia merasa lekeh terhadap pengaruh dan rintangan dunia. Dan memperlihatkan gambaran syurga jelas dihatinya sehingga rala tinggalkan kemilau duniawi.
Hingga dia rela bangun malam yang dingin untuk mencari kelebihan daripada Allah SWT melalui solat malam, kerana dia telah terbayang dan ternampak-nampak kegemilangan syurga yang ditayangkan oleh Allah SWT.
Terkesan dihati apabila berdepan dengan ayat-ayat Allah SWT yang bersifat ar-Rojaa’ (menaruh harap). Antara kesan membaca al-Quran ialah merasa takut hendak melakukan perkara maksiat yang membawa dosa. Ini kerana dosa itu membawa kepada kemurkaan Allah SWT yang mengakibatkan terjerumus ke kawah Azab Neraka
Sumber: Harakah isu 1587.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan