![]() |
Napoleon Bonaparte |
Di saat Napoleon Bonaparte menakluk Mesir pada tahun 1789, dia membawa puluhan cendikawan Mesir ketika itu, ditugaskan untuk mempelajari seluk belok masyarakat Mesir. Hasilnya, terciptalah 23 jilid besar tentang Egyptologi (ilmu-ilmu tentang Mesir), baik dari tinjaun sejarah, adat istiadat, agama, bahasa, arkeologi, kesasteraan, politik, ekonomi, ketenteraan dan sebagainya. Tidak beberapa lama kemudian, teori Napoleon ini di ambil oleh Negara-negara penjajah seperti Britain dan Belanda (Amerika juga termasuk kedalam Negara penjajah)
Amin Rais, mantan Presiden Muhammadiyyah, di dalam bukunya, Cakrawala Islam mengungkapkan:
“ Kerana semangat imperialisme juga menjadi semangat orientalisme, maka fungsi studi orientalis adalah untuk memahami, dalam banyak hal untuk memanipulasi, dan bahkan menggabungkan apa yang kelihatannya sebagai dunia lain.”
![]() |
M, Amien Rais |
Menurut Amien, untuk memahami pendekatan Orientalisme pada masyakakat Timur, kita harus mengingat watak Imperialisme yang selalu memaksakan kehendaknya pada jajahannya.
Mengambil kata-kata Basil Musallam, Profesor di Universiti Pennsylvania:
“Orientalism is a manner Imperialism, Imperialism is a manner of Orientalism.”
Malah kita juga boleh mengatakan bahawa Imperialisme adalah tingkatan paling tertinggi Orientalisme. Oleh kerana itu, tidak hairan apabila Stuart Schaar, professor di Brooklyn Collage New York, menulis buku yang bertajuk: Orientalism at the Service of Imperialism.
Amien meneliti serta mengkaji tentang kelemahan prinsip-prinsip Orientalisme itu. Di antaranya:
1. Ada perbezaan yang mutlak dan perbezaan sistematik antara Barat yang rasional, maju, manusiawi, dan superior dengan Timur yang sesat, irasional, mundur dan inferor.
2. Abstaraksi dan teorisasi tentang Timur yang lebih banyak di dasarkan dengan teks-teks klasik dan hal ini diutamakan daripada bukti-bukti jelas daripada masyarakat timur yang lebih konkrit.
3. Timur dianggap tidak pernah berubah, seragam, dan tidak sanggup mendefinasikan dirinya. Kerana itu tugas Barat untuk mendefinisikan apa itu Timur dengan cara yang sangat diumumkan, dan semua ini dianggap cukup “objektif”.
4. Pada dasarnya Timur itu merupakan sesuatu yang perlu ditakuti (bahaya kuning, Monggol, bahaya Coklat dan sebagainya) atau sesuatu yang perlu ditaklukan (dengan pemikiran, pengkajian atau serangan pemikiran (serangan penjajahan mentah-mentah),
Jika orientalis mempelajari Islam, maka ada dua prinsip pokok yang dipegang oleh Orientalis:
1. Al-Quran bukanlah wahyu Ilahi melainkan tulisan/ karangan Muhammad yang merupakan gabungan unsur-unsur agama Yahudi dan Kristian serta tradisi arab pra-Islam.
2. Mereka meragukan kesahihan semua hadis-hadis. “
Malah ada yang mengkritik syarat-syarat seperti yang dilakukan oleh Joseph Schacht sehingga seolah-olah di samping sahih Bukhari dan Muslim ada pula sahih Joseph Schacht.” Sindir Amin.
Lembaga-lembaga pengajian ketimuran di Barat didirikan pada masa keemasan Imperialisme. Di Belanda, pengajian tentang Orientalisme telah bermula pada tahun 1781, di Perancis diswastakan dalam Societe Asiatique (1822), di Britain bernama Royal Asiatic Society (1822) dan di Amerika mempunyai American Oriental Society (1842)
1 ulasan:
nice blog... teruskan penulisan yg baik
Catat Ulasan