Memang pada kenyataannya seorang anggota kader dakwah di rekrut pada saat keadaan imannya sedang berada di puncak, iltizamnya sedang kencang. Namun, seiring waktu, imannya juga akan melemah. Kerana iman itu sesuatu yang tidak tetap pada keadaannya (al-Imanu yazid wa yanqus), Iman itu naik dan turun. lemahnya iman kerana maiyatullah-nya rendah. Bila fizikal melemah dan sakit, orang boleh sedar akan hal itu. sayangnya bila iman yang sakit, susah untuk mengetahui dengan segera.
Seorang kader dakwah juga kena sedar bahawa sebuah jemaah gerakan Islam adalah mengurus persoalan yang sangat besar. kalau diibaratkan hidangan, semua aneka menu tersedia dalam gerakan dakwah ini. Persoalannya, ada menu yang tidak sesuai dengan selera kita dan kita harus menelannya. Seperti yang kita ketahui, manusia itu ada berbagai ragamnya, ada yang suka dengan politik tetapi tidak suka bersukan. Ada yang suka dengan soal pembersihan jiwa tapi lemah dalam soal ekonomi.
Berkaitan dengan Orisiniliti Islam dan Syumuliyyatul Manhaj (konprehensif manhaj) dalam "Risalah Muktamar kelima", Hasan al-Banna menjelaskan, "Oleh Kerana itu, saya mewakafkan diri sayasejak dari kecil dengan satu tujuan, iaitu menunjukan manusia kepada Islam, hakikat dan praktikalnya. Sebab itulah fikrah (ideologi) Ikhwanul Muslimun adalah Islam murni, baik dalam tujuannya, mahupun sarananya dan tidak ada sama sekali kaitannya selain dari Islam."
Untuk lebih mudah difahami, beliau mengatakan, "Fikrah Ikhwanul Muslimun mencakup semua makna Ishlah (reformasi), sebab itu dapat disimpulkan dengan:
- Dakwah Salafiyyah
- Thariqah Sunniah
- Haqiqah Shufiyyah
- Hai-atun Siyasiyyah
- Jama'ah Riyadhiyyah
- Rabithatun Ilmiyyah Tsaqafiyyah
- Syirkatun Iqtishadiyyah
- Fikrah Ijtima'iyyah.
Dengan kata lain, masuk dan terus berinteraksi dengan jemaah tidak berdasarkan selera peribadi.
Kebanyakan memang ada kader yang menonjol dalam satu aspek sahaja. Namun individu yang berjemaah, bukanlah memilih salah satu dari yang lapan tadi, dengan menafikan yang lain. Idealnya, sekurang-kurangnya dari satu aspek tadi, setanding dengan para profesional orang biasa. dalam aspek itulah kita bermujahadah.
Seperti masa kanak-kanak dulu, hobinya adalah makan makanan yang ringan. Anak-anak juga ada yang tidak suka makan sayur atau minum susu. Akan tetapi, semua itu harus dipaksakan oleh orang tua untuk melatih anak-anaknya makan agar terbiasa dengan apa yang dimakannya. Kerana apabila hanya melayani selera anak-anak (mengikut selera), ia boleh mengganggu perkembangan tumbesaran anak-anaknya.
Jadi lapan kata kunci diatas harus kita lakukan dengan seimbang. Harus dilaksanakan dengan penuh semangat. Jadi ia memerlukan tenaga. Al-Quran dan Sirah Nabawiyyah adalah merupakan penambah bekal tenaga. Maka gerakan Islam ini menyediakan semua hidangan. Sepertinya lebih banyak kewajiban yang harus dilaksanakan dari waktu yang tersedia. Oleh kerana itulah kita harus bermujahadah untuk menjadi kader yang ideal.
Batas minimum yang ada harus di dalam bingkai segitiga (hadir ke usrah, infaq, dan mabith). Akan tetapi cubalah lihat saudara-saudara kita yang tinggal di rumah-rumah setinggan. Meraka majoritinya mengeluh seandainya, "Saya inginkan halaman yang lebih luas." Apakah cukup beramal seadanya, sementara syurga Allah seluas langit dan bumi. Sementara umat ini sedang tertunggu-tunggu seorang pembela.
Rasulullah SAW sangat membenci seseorang yang terputus/ tidak istiqomah, seperti sabda beliau di dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud.:
"Wahai fulan, janganlah engkau menjadi seperti si fulan. Dulunya rajin melakukan qiyamullail, namun kemudian dia meninggalkannya."
Persoalannya sekarang ini adalah adanya kesenjangan jarak antara impian dan kapasiti peribadi. Visinya aadalah menjadi Ustadziatul Alam, cita-citanya setinggi langit, tenaganya tidak cukup! Tenaga besar itu dapat diperolehi dengan ibadah yang benar dengan pendekatan yang dekat denagn Sang pemilik Skenario yang sejati.
Qiyamul lail dapat menciptakan kebahagiaan jiwa dan kedamaian di dalam dada. Rasulullah SAW telah menyebutkan di dalam suatu hadis sahih bahawa seorang hamba ALLAH yang bangun di tengah malam dan ingat ALLAH kemudian melakukan solat, maka dia kan semakin bertenaga dan jiwanya kan tenang.
Dan pada sebahagian di malam hari , bertahajjudlah kamu sebagai ibadah tambahan bagimu." (Surah al-Israa:79)
Jidah disaat keadaan aman bukannya tidak ada tentangan adalah lebih rumit. Kerana kalau jihad qital, musuhnya adalah jelas. Tetapi dalam keadaan aman seperti ini, kita dituntut untuk berinteraksi 24jam/sehari non-stop dengan target dakwah.
Pada waktu Subuhlah, kita harus berinteraksi dengan umat. Pertemuan-pertemuan hingga ke waktu Subuh kebesokan harinya sangat memerlukan tenaga. Sehingga peribadi kita pun tak tergerus. Wasalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan