Selasa, 2 Ogos 2011

Tarbiyatul Aulad: Antara Kejayaan dan Kejatuhan si Anak

"Ayah, alhamdulillah, exam kali ini yeop dapat nilai baik, 3.86. Alhamdulillah, subjek dapat 7A 1B. Dan Alhamdulillah, tajuk tesis yeop: Negara Dan Pemerintahan dalam Islam menurut Dr. Muhammad Yusuf al-Qardhawi."
"Yeop, Sekalung tahniah buatmu kerana membuktikan yeop memang verstyle dan kuat berusaha. Ini dia anak ayah. Sudahkah yeop fikir untuk ambil 12 subjek dengan komitmen yang lain? Ayah tak halang yeop kalau yeop mampu. Kalau yeop seorang planners yang mantop, tidak mustahil leh tercapai. dari sekarang kena kuasai subjek-subjek itu dengan yakin. Insha ALLAH ayah akan membantu dari segi moral dan material semampu mungkin. -Ayah"
********

Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH SWT kerana masih lagi memberi nikmat untuk bernafas dan memberi kenikmatan kesihatan yang DIA kurniakan kepada kita. Hari ini Allah masih lagi menambah nikmat dengan mengizinkan penulis berada di Bulan Ramadhan dan mengizinkan hamba-Nya ini mencoret-coret di kanvas dunia tanpa sempadan.

Pada petang ini penulis cuba untuk menulis sebuah artikel yang sering kita terlepas pandang, Pendidikan Anak-Anak. Penulis masih lagi mempunyai kedua orang tua. Alhamdulillah. Sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada penulis untuk meneruskan dan menciptakan kejayaan demi kejayaan. Doa mereka yang sering mereka doakan agar penulis berjaya dan semua bidang yang penulis ceburi.

Kejayaan anak-anak dalam hidup tergantung kepada didikan sewaktu kecil dari ibu bapa. Merekalah yang mencorakan dan memprogramkan kita untuk menjadi seperti apa. Ibarat laptop yang kosong baru nak di installkan windows dan pelbagai software lain berdasarkan keperluan si pengguna.

Ibu bapa yang baik adalah mereka yang memastikan keperluan anak-anaknya terpenuhi sehingga mereka menjadi makhluk yang bertuhan Juga makhluk yang bisa hidup dan tahu erti nilai kehidupan. Di dalam program hidup rumah tangga. Ibu bapa mempunyai fungsi masing-masing dalam menguruskan rumah tangga. Begitu juga dalam pembentukan minda anak-anak.


Peranan ibu dan bapa adalah berbeza. Perlu kita lihat dari konteks "sentuhan" daripada kedua-duanya. Ibu bersifat seperti kapas atau air dan Bapa berisfat seperti batu atau api. Jadi cara mendidik adalah berbeza. Gerak kerja bapa adalah sebagai CEO dalam rumah tangga sedangkan si ibu pula adalah COO. Kedua-dua kerja ini adalah sangat penting dalam keharmonian pembentukan rumah tangga yang ideal.

Gerak kerja CEO (Cheif Executive Officer) adalah memantau segala yang diperlukan di dalam sesuatu tempat. Apa saja yang menjadi kekurangan, disitu akan di baiki dan di back-up untuk memastikan semuanya terpenuhi. Sedangkan gerak kerja COO (Cheif Operation Officer) adalah memastikan segala operasi sistem di dalam tempat itu bergerak dengan lancar.

Jadi segala keperluan yang di perlukan oleh si anak berdasarkan kepada gerak kerja kedua ibu bapa tersebut. Jika salah satu tidak berfungsi, maka hasil yang akan di bentuk adalah berdasarkan proses gerak kerja kedua ibu bapa tadi. Jadi, pembentukan si anak bergantung kepada "sistem" yang diterapkan oleh keluarga.

Semuanya saling memerlukan untuk melengkapan kejadian kesempurnaan makhluk sesama manusia. Jika anak berbuat salah, jangan cepat melatah. Si anak sedang diprogram untuk mempelajari dari kesalahannya. Kita ahanya menegur dan memberitahu kepadanya bahawa sesuatu yang di lakukannya itu baik untuk dirinya atau buruk. Sabar amat penting dalam pembentukan ini. Sabarlah dalam bersabar.

Ibu bapa yang sering memberi semangat dan dorongan kepada anak, akan membuatkan si anak akan merasa yakin pada diri sendiri. Si anak akan mengulangi kejayaan tadi kerana si anak mendapat tenaga positif dari ibu dan bapa. Semangat dari kedua orang tua adalah penting bagi menentukan jatuh dan bangunnya si anak.

Sangat di tekankan janganlah memanggil anak dengan panggilan yang menyebabkan si anak "tidak menjadi" contohnya" hei bodoh!" "Bodohlah kamu ini!!!" kerana si anak juga memerlukan kasih sayang dari kedua ibu bapanya. Perasaan cinta akan membuahkan hasil sedangkan perasaan yang tidak baik akan menghasilkan perkara yang tidak kita inginkan.

Terima kasih kerana mendidikku duhai Ummi.. Wahai Ayah....

P/s: Kita juga akan menjadi ibu bapa suatu hari nanti....:)

Tiada ulasan: