Selasa, 31 Julai 2012

Konspirasi: Jangan Terlalu Obses Di Fikiranmu!

[Status Facebook 31 Julai]


Menonton Spellbinder (siapa ingat cerita ni? tahun 1998 di NTV7), ber-genre Science-Fiction (Sci-Fic). 


Untuk episod 3, saya boleh katakan seperti ini:
1. Apabila seseorang berkuasa demi kepentingan tertentu, sudah pastilah dia akan memperbodohkan rakyatnya semampu mungkin.

2. Memusnahkan apa saja yang berkaitan dengan fakta dan ilmu.(kebanyakan pemerintah mempunyai sifat seperti ini sekarang)

3. Apabila melihat sesuatu teknologi yang lebih hebat dari pemerintah, maka dimusnahkannya. Tidak mahu ada orang lain lebih hebat dari mereka. (contoh macam Amerika) 

4. Mengugut dan menekan hidup rakyat sehingga mereka tidak mampu bersuara/melawan. 

5. Ilmu pengetahuan di sorok dan di kuasai oleh golongan tertentu.

Dari satu episod ke episod, pasti ada nilai intelektual yang bisa kita pelajari.



----------------------------------------

Sinopsis:

Adventure. Fantasy. Fun. A freak accident transports suburban teenager Paul to a parallel world! Here, the Industrial Revolution never happened and a powerfulgroup called Spellbinders control the people by exploiting their fear and ignorance. Helped by a young girl, Riana, Paul must gather help from both worlds at the same time or be marooned forever. Paul escapes but in the process Riana becomes trapped in his complex, industrial world. When an evil Spellbinder also discovers how to break through to Paul’s world, Paul and Riana must use their wits and imagination to prevent her gaining access to unimaginable technology and power.

*********
Ini merupakan rancangan kegemaran saya sewaktu kecil pada tahun 1998. Biasalah, anak kecil yang penuh dengan khayalan dan imiginasi. Namun cerita inilah yang membuatkan saya tertarik kepada sains suatu ketika dulu sebelum melangkah naik ke darjah 4!.

Berbicara tentang konspirasi, perlu saya menekankan disini, saya pelajar jurusan Aqidah dan Falsafah, juga sedikit sebanyak mengkaji tentang hal-hal berkaitan dengan konspirasi dan yahudi. 

Saya sebenarnya agak kurang senang dan tidak selesa dengan beberapa padangan sahabat-sahabat mengenai filem ber-genre science-fiction (Sci-Fic) yang mengatakan adanya konspirasi di dalam satu penceritaan. Dan saya agak, mungkin beliau masih baru dalam pembacaan mengenai hal ini dan beberapa hal mengenai orientalism dan sebagainya. 

Mungkin juga obses terhadap konspirasi!

Saya letih melayan orang sebegini. 

Setiap apa yang di lihat, ada unsur negatif. Saya memandang di satu sisi, Yahudi berjaya meletakan ketakutan di dalam diri seseorang dengan mengawal minda bawah sedarnya. Apabila di sebut konspirasi, secara otomatik, dia akan menganalisis seperti seorang FBI!

Wow! Namun, ia berjaya melalaikan dirinya dari segi yang lain, iaitu mengkaji kekuatan umat. Bagaimana untuk menghadapinya dari serangan-serangan perang pemikiran yang dilancarkan. Mereka ini seakan-akan orang yang dilanda penyakit 'the pink elephant'.

Cuma saya menyeru kepada sahabat-sahabat sekalian untuk mempelajari hal-hal yang terjadi di dunia. Membaca kembali sejarah dunia dan ideologi-ideologi umat Islam dan umat yang lain. Itu perlu kerana kita akan dapat mengetahui tentang perjalanan hidup dan beberapa hal lain yang bermanfaat. Saya tidak mengatakan kita tidak boleh mempelajari tentang konspirasi, cuma janganlah terlalu obses tentang hal itu. Nanti kita yang sebenarnya menjelma menjadi seperti mereka.

Apa yang baik, kita ambil. Wawasan intelektual sangat luas. Jangan sampai kita diperbodohkan dengan teori-teori yang melalaikan. Ada hal lain lagi yang perlu diberi penumpuan. Cerita yang mempunyai ciri-ciri sci-fic akan membuka wawasan dan minda. Cerita yang mempunyai jalan cerita genre self-help akan membantu dan memotivasikan diri untuk meningkatkan keyakinan diri. Carilah bermanfaat di dalam penceritaan. 

*Jangan buang waktu melayan perasaan. Romantism, menari ala hindustan golek-golek atas padang! Oh, buang masa!

Yang pada akhirnya kita tertipu dengan bayang-bayang sendiri.

Sesungguhnya, mereka melakukan makar terhadap Allah, tetapi Allah-lah yang akan membuat makar terhadap mereka!

Yakin dengan janji Allah.

Insha Allah, Islam pasti kembali mendamaikan bumi ini.

Sains dan ilmu merupakan cahaya bukti adanya Allah,

Lebih banyak kita tahu, lebih kerdil diri kita di hadapan Allah.

Abdullah Hakimi Bin Zanal Abidin
Erti Memberi Pada Menerima
Blang Kreung, Aceh Besar.

Anda boleh menonton atau mendownload siri Spellbinder dengan klik link di bawah.

Tiada ulasan: