Khamis, 2 Ogos 2012

Semangat Yang Tertangguh



Sewaktu sampai ke Banda Aceh, berat tubuh saya sekitar 55-57 kilogram. Dan sekarang, 68-70 kilogram!

Malu?

Saya berkata jujur dan tulisan ini saya ingin kongsikan kepada sahabat-sahabat yang membaca tulisan ini. Mengikut apa yang ditulis dari keratan artikel di atas, saya terpaksa mengakuinya. Tapi antara sebab yang lain adalah aktiviti kehidupan saya yang tidak seimbang. 


Saya tidak mengambil endah tentang pemakanan saya. Saya tidak mengambil berat terhadap rehlah dan riadhah saya. Saya lebih menumpukan terhadap kerjaya di organisasi dan pengembangan intelektual saya. Pada akhirnya terjadi ketidakseimbangan di dalam biologi dan kesihatan tubuh badan.

Saya banyak membaca dan menganalisa apa yang di baca. Saya akui, setelah itu saya rasa teramat lapar dan di tengah-tengah gelap malam sekitar 1-3 pagi, saya meredah kesejukan malam dengan mencari makanan. .

Tidur pun kurang, apatah lagi rehat.


Dan mengikut kajian lagi, tidur lewat juga mampu membuatkan biologi tidak seimbang dan boleh menyebabkan kegemukan. 

Berfikir+tidur lewat= 2x ganda kesan untuk menjadi gemuk.

Anda boleh menjadi seorang manusia yang tidak sihat. Jika anda seorang daie, anda juga boleh menjadi seorang yang tidak sihat jika anda mengabaikan kesihatan anda. 

Berfikir ada hadnya. Rehat juga ada hadnya. Tidur juga ada fungsinya. 
"dan kami menjadikan tidurmu sebagai istirehat" (QS: An-Naba': 9)

 Dan apabila kita melampaui batas, kita akan merasa susah dan sempit. 

Susah untuk berhenti makan, perut terasa sempit. Akhirnya sakit!

Saya sudah beberapa kali memperbaharui azam untuk cuba menguruskan kehidupan dan cara pemakanan saya. Namun seringkali tertangguh. Saya tidak menyesal, namun saya tetap berusaha.

Ramadhan adalah medan latihan kita untuk mengawal diri. Mengawal akal dan mengikat perut. 

Ikat juga nafsu dan keinginan. 

Jangan ingat hanya hati perlukan perhatian, tubuh juga memerlukan perhatian. Pengurusan yang baik adalah untuk Islam. 

Jantung sihat, untuk Islam. Perut sihat untuk Islam. Kesihatan yang stabil, juga untuk Islam.

Diet juga sebahagian dari kekuatan Islam. Bukan hanya untuk mencantikan tubuh badan. Tubuh badan yang sihat merupakan nikmat. Bila sakit seakan kita merasakan azab.

Latihan yang keras untuk menahan diri adalah mujahadah. Sukar tapi efeknya lama. 

Semoga kita di dalam istiqomah yang berpanjangan. 

Saya mahu jadi kurus kembali. Kurus yang sihat. Bukan kurus tulang belulang.

Jadi gemuk, kuat tidur, dan malas juga menjadi-jadi. Nafsu pula suka berlegar-legar.

Kurus untuk bermujahadah, mengawal diri dari sifat mazmumah. Bersederhanalah. Ia baik untuk diri dan orang lain. 

Saya mencuba untuk menguatkan semangat. Chaiyok3~! Beri semangat untuk diri. Memotivasikan diri sendiri agar kita percaya yang kita boleh melakukannya. Allah beri kita pilihan, kita menentukannya. Siapa kita di hari esok ditentukan oleh keputusan yang kita ambil pada hari ini.

Orang yang hebat, dia tidak akan bekerja seperti mana orang biasa yang melakukan kerja yang biasa-biasa. Orang yang hebat dia melawan dan sentiasa mencabar dirinya untuk menjadi lebih baik.

Mujahadah!

Doakan saya menjadi normal dan kurus.

Hensem!

Orang yang sihatlah...^^

Abdullah Hakimi Bin Zanal Abidin
Erti Memberi Pada Menerima
Blang Kreung, Aceh Besar

3 days left! Malaysia! Im back!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Gemuk ke kurus yg pnting hati

Abdullah Hakimi berkata...

sudah saya sebutkan di atas, sebenarnya pemakanan mempengaruhi hati. Gemuk juga mampu mengubah emosi.

Hati penting, namun jika pemakanan tidak di jaga, kesihatan tidak juga dijaga, hati juga akan melemah. :)

keseimbangan itu penting. hati yang sihat adalah menjaga dirinya dari berlebihan.