![]() |
Bersama sahabat seperjuangan Ma'ahad Tahfiz Addin, Malim Nawar di IAIN Medan. |
Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kerana telah memberi saya peluang untuk sampai ke Bumi Medan, Sumatera Utara Indonesia. Perjalanan yang mengambil masa 12 jam dari Banda Aceh ke tengah kota Medan. Sewaktu di dalam perjalanan, saya sempat muntah sebanyak dua kali! Mabuk mungkin. Namun alhamdulillah, perjuangan kesabaran itu ada hikmahnya!
Kembara kali ini bertujuan untuk mengkaji dan berkongsi pengalaman bersama pelajar-pelajar di Medan dalam melaksanakan kegiatan di sini. Program Kepimpinan anjuran Badan Dakwah dan Kerohanian, PKPMI CM selama dua hari ini bertujuan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar apa itu pemimpin, apa karekteristik pemimpin, apakah ciri-ciri kepimpinan muslim yang seharusnya ada di dalam Islam.
Dan alhamdulillah, pada kali ini saya sangat-sangat gembira kerana dapat berkongsi pengalaman, bukan hanya dengan kepimpinan PKPMI-CM (Cawangan Medan), tetapi dapat bertukar-tukar pandangan dengan akhi Shahrizan dan Hazlan.
Kepimpinan Islam
Siapakah mereka?
Akhi Shahrizan merupakan mantan Presiden PMRAM sesi 2010/11 manakala Akhi Hazlan mantan Setiausaha Agung PMRAM sesi yang sama dengan akhi Shahrizan. Cukup mempersonakan apabila mereka berkongsi idea dan pandangan, cara pembawakan mereka dalam menjayakan program dan ia amat berkesan di hati apabila mereka menyampaikan isi-isi kandungan perbahasan yang di sampaikan. Sungguh! Ia merupakan satu rahmat kepada kami yang datang ke Bumi ini. Moga-moga kami dapat bertemu di lain waktu. Insha Allah!
Saya tertarik dengan kata-kata Akhi Shahrizan.
"Dalam Islam, ciri-ciri kepimpinan ada empat perkara. yang pertama, haruslah orang itu mempunyai iman dan beriman! Kedua, hendaklah pemimpin itu berilmu! Ketiga, hendaklah seorang pemimpin itu kuat, kuat dari segi fizikal dan mental. Makna lainnya adalah profesional. Pastikan pimpinan yang kita mahu pilih itu seorang yang profesional. Mampu melakukan kerja-kerja yang seharusnya dilakukan olehnya. Dan yang terakhir, adalah perlunya ada amanah! Semua elemen ini penting bagi memastikan kelancaran dakwah Islam itu sentiasa bergerak."Suasana di kota Medan.
Terus terang saya katakan, di Aceh terasa tenang dan damai. Tiada pencemaran bunyi. Kalau di Medan, masha Allah! Bagaimana mereka (masyarakat Medan) Boleh hidup dengan pencemaran bunyi. Bukan itu saja, persekitaran di Medan lebih banyak unsur-unsur negatif daripada unsur-unsur positif. Jika kita baru sampai ke negeri ini, semestinya apa yang berlaku pada diri kita adalah stress. Pencemaran bunyi terlalu kuat. Sangat tidak baik untuk kesihatan dan pendengaran. Hati juga akan bertukar mood, dari gembira kepada marah akibat stress yang berada di jalan-jalan sekitar Medan.
Jalan banyak macet! Walaupun tidak disangkal Medan boleh dikatakan negeri yang termaju, namun dari hasil pemerhatian saya, masyarakat boleh menjadi agresif. Saya melihat pemandu-pemandu di sini cara membawa kereta agak keras dan kasar. Kelajuannya seperti di litar lumba, sehinggakan apabila bunyi hon, masyarakat sekitar buat-buat tidak tahu. Oleh sebab mereka telah terbiasa dengan pencemaran bunyi. Allahu akbar! lelah!
Apakah mungkin kita adalah salah satu dari orang-orang yang kurang sabar tiada berperasaan?
Namun apa yang saya dapat perhatikan, mereka ada yang lembut, kasar, tidak kisah dengan keadaan di sekeliling, dan sebagainya. Sebagai salah satu negeri yang terkena dengan tempias sekularisme, kita patut mengkaji beberapa hal yang masih lagi persoalan di sana.
Bersambung....
Abdullah Hakimi Bin Zanal Abidin
MusafirKehidupan.com
23 Oktober 2012
Apakah mungkin kita adalah salah satu dari orang-orang yang kurang sabar tiada berperasaan?
Namun apa yang saya dapat perhatikan, mereka ada yang lembut, kasar, tidak kisah dengan keadaan di sekeliling, dan sebagainya. Sebagai salah satu negeri yang terkena dengan tempias sekularisme, kita patut mengkaji beberapa hal yang masih lagi persoalan di sana.
Bersambung....
Abdullah Hakimi Bin Zanal Abidin
MusafirKehidupan.com
23 Oktober 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan