![]() |
Kembara Mencari Erti Hidup |
Saya rasa lagu ini sesuai nak dijadikan lagu tema blog Musafir Kehidupan: Erti Memberi Pada Menerima, Ini kerana apa yang di sampaikan oleh lagu ini menepati mengapa blog ini di buat. Saya percaya, pastinya blogger-blogger yang lain mempunyai sebab mengapa mereka membina blog mereka sendiri. ^^!
Judul: Kembara Hidup
Munsyid: Dehearty
Telah jauh aku mengembara
Mencari erti hidup di dunia ini
Yang selama ini sering disalah erti
Oleh mereka yang bertuhankan hati
Ku musafir ke pelusuk dunia
Memerhatikan gelagat manusia
Ada yang gembira hingga terlupa
Ada yang berduka tetapi gembira
Terasa lelah menempuh jalanan beronak duri
Kekadang sesat tanpa haluan
Sehingga punca hilang di mata
Kuturutkan jua hati yang buta
Kupasrahkan padaMu Tuhan
Segala yang akan berlaku
Kerana Engkaulah menentu segala
Menciptakan dunia penuh pancaroba
Tak terdaya rasanya kakiku melangkah
Kau pimpinlah langkahku Tuhan
Agar tidakku kesesatan dari jalan SyurgaMu yang diidamkan
Kerana tidakku terdaya menahan seksa neraka
Tidak pula layakku ke syurga
Ku hanya hamba yang diciptakan dengan kelemahan
Sering daku terlupa sering jua daku terleka
Dengan nikmatMu yang melimpah didepan mata
-------------------------------
Sebab itulah blog saya itu dinamakan musafirkehidupan.com. Saya mengembara, melihat, menafsir dan memahami apa yang saya lihat. Lalu saya cuba berkongsi apa yang saya lihat melalui penulisan saya.
Lebih ramai yang membaca dari mendengar.
Mesej juga akan sampai melalui pembacaan.
Luaskan paradigmamu dengan mengembara!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan