Khamis, 18 Oktober 2012

Carilah Kekuatan Itu

Pilih antara dua: Individual Work atau Teamwork?

Dalam melaksanakan gerak kerja dalam skala yang besar, teamwork adalah solusi untuk mencapai hasil yang memuaskan. Dalam Islam, ia di namakan 'amal jama'ie'.

Rasulullah saw bersabda:

"Orang mukmin bagi mukmin yang lainnya ibarat bangunan, saling KUAT MENGUATKAN antara satu sama lain."

Namun, ternyata masih ada yang suka menghancurkan bangunan yang dibina secara teamwork ini dengan menghasut dan bergerak menghancurkannya. Itu juga teamwork bukan? 

Mengapa?

Kerana kerja teamwork ini menghasilkan sesuatu yang luarbiasa.

KEKUATAN!

Saya suka berbicara tentang teamwork atau bekerja di dalam satu pasukan. Ini kerana penghasilan dan kualiti dapat di capai dengan lebih maksimum. Tidak dinafikan di dalam perbincangan adanya perbalahan kecil. Namun perbalahan itulah sebenarnya tapisan untuk mencari idea yang paling baik. 

Bekerja secara teamwork, antara kelebihannya adalah kita dapat bersosial dalam mengenali sahabat-sahabat yang kita tidak kenal dan rapat sebelumnya. Yang paling menakjubkan adalah, antara kekuatan di dalam teamwork ini adalah ukhuwwah serta wehdatul fikr dan amal. Kekuatan tidak akan dicapai apabila kedua-duanya tidak ada. 

Firman Allah swt:
"Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalannya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka itu seperti bangunan yang tersusun kukuh." (As-Soff: 4)
Seandainya tidak ada ukhuwwah, maka tidak adalah kesatuan fikir dan amal. Mudah untuk anasir-anasir luar untuk menyerang dan merobohkan kekuatan yang terbina. Anasir-anasir yang merobohkan kekuatan ini juga bekerja bersama-sama juga. Ia tidak bersendirian. 

Firman Allah swt
"...dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan HILANG KEKUATANMU dan BERSABARLAH!...(Al-Anfal: 46)
Saya berdoa moga Allah swt mempermudahkan urusan tanzim perlaksana program Qurban PKPMI-CA pada tahun ini. Jangan berputus asa dari rahmat Allah. Insha Allah, rezeki Allah itu luas, carilah dan bertebaranlah. Kuatkan usaha, banyakan berdoa dan bertawakal. Jangan memperbanyakkan kritik. Bangkitlah membantu team Qurban! Allah menilai antum melalui kerja yang antum lakukan. 

Ingatlah pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim, Sarah, Hajar dan Isma'il AS. Telusuri kembali sirah perjuangan Nabi saw. Perjuangan itu memang melelahkan. Namun di sisi Allah swt, antum dimuliakan-Nya, Insha Allah.

Teruskan perjuangan. Moga terus istiqomah dan bertahan dengan ujian yang Allah berikan!

Teruskan mencari kekuatan itu.

Abdullah Hakimi
Musafirkehidupan.com
18 Oktober 2012

Tiada ulasan: