"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu sanggupi, sehingga kalian dapat menggegarkan musuh Allah dan musuh kalian..."
(Al-A'raf: 60)
Saya mungkin mempunyai pandangan yang berbeza bagi pembacaan buku dalam mencari pemahaman.
Dalam pembacaan, perlu di identifikasikan pengetahuan dan pemahaman. Konteks di dalam memahami kata "janganlah berguru dengan buku, bergurulah dengan orang yang berilmu (murabbi)", bagi saya adalah dalam mencari kefahaman dalam MELURUSKAN pengetahuan yang dimiliki. Kerana tugas seorang guru adalah MELURUSKAN kembali kefahaman yang salah terhadap pengetahuan yang dimiliki seseorang.
Sedangkan buku adalah alat untuk memberi kita pengetahuan, dalam erti kata lain, untuk kita TAHU apa yang perlu kita tahu. Buku bukanlah alat untuk memberi kita kefahaman tentang sesuatu, melainkan sesuatu yang memberi kita (TAHU) pengetahuan.

Berguru dengan syaiton namanya!
Membaca memberikan kita pengetahuan yang akan membuat kita berfikir. Berfikir kerana mahu mencari tahu. Berfikir kerana ingin mencari kebenaran berdasarkan pengetahuan atau fakta yang terdapat di dalam buku. Ianya tergantung kepada cara kita menggunakan otak.
Saya menyarankan kepada pembaca semua, dapatkan buku Brain Rules karya John Medina untuk mengetahui bagaimana otak manusia berfungsi dan bekerja. Ia amat menarik bagi mengetahui tingkatan cara kita berfikir dan melatih otak kita bekerja secara sistematik.
Oleh sebab itu, otak adalah tempat penyimpanan maklumat yang ada. Apa yang dilihat oleh pancaindera, itulah yang akan terlekat di dalam otak. Jangan lupa pada hati a.k.a jantung, ia juga mempunyai tempat penyimpanan maklumat. Kajian terbaru mendapati jantung juga adalah tempat penyimpanan maklumat. Jika otak di kepala kita lupa, hati akan mengingatkan.
Secara kesimpulan, dalam membaca, tidak akan mendapatkan kefahaman yang sebenar melainkan dengan berguru. Ya, mungkin benar pembacaan kita dalam memahami. Namun hendaklah berguru. Itu lebih baik buat kita. Buat apa baca buku yang sama lama-lama. Merugikan masa. Banyak pengetahuan yang lain yang perlu kita tahu dan perlu di ketahui.
Membaca hanyalah untuk mencari tahu, bukan kefahaman.
Secara kesimpulan, dalam membaca, tidak akan mendapatkan kefahaman yang sebenar melainkan dengan berguru. Ya, mungkin benar pembacaan kita dalam memahami. Namun hendaklah berguru. Itu lebih baik buat kita. Buat apa baca buku yang sama lama-lama. Merugikan masa. Banyak pengetahuan yang lain yang perlu kita tahu dan perlu di ketahui.
Membaca hanyalah untuk mencari tahu, bukan kefahaman.
Kata Imam Ja'far as-Shadiq:
"Seseorang yang sedar akan zamannya tidak akan disibukan oleh masalah-masalah yang tidak di inginkan."
Membaca sebenarnya adalah antivirus bagi mentutup kebodohan dan kejahilan, bersiap-sedialah menghadai zaman yang tidak ada sempadan.
------------------------------------
Jika salah pandangan saya di atas, silakan tegur dan kita diskusi. Saya membaca banyak buku kerana ingin mencari tahu, bukanlah untuk mencari kefahaman. Kerana menurut saya, mencari kefahaman dengan berguru!
Ini adalah hasil kesimpulan yang saya buat berdasarkan diskusi bersama sahabat saya.
Ini adalah hasil kesimpulan yang saya buat berdasarkan diskusi bersama sahabat saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan