Jumaat, 30 November 2012

#2: Nawaitu


5 Tahun Sebelum...

"Along! Turun sini! Tolong Ummi buat kuih ni!" Laung Puan Zahra dari bawah.

Hassan menapak turun dari tingkat atas.

Longlai.

"Ya Ummi, emmm mengantuk ni. Baru nak rehat."

Hassan baru saja menamatkan pengajiannya di sekolah agama tahfiz di Kampung Tualang Sekah. Puan Zahra memahami keadaan anaknya. Setiap kali pulang, anaknya seringkali tidur. Tidak ada kerja lain. Hanya tidur. Bangun hanyalah jika di suruh melakukan kerja, atau makan.

"Along bantulah Ummi ni. Siapa lagi yang nak bantu Ummi buat kuih melainkan Along sekarang ni. Kan dah habis sekolah. Bantulah Ummi pula sebelum menyambung mana-mana pengajian nanti."

"Hmmm... baiklah Ummi."

Layu saja jawapan yang diberikan.

Mengantuk.

Biasalah, anak muda tidur selepas Subuh, pastinya sehingga matahari tegak di langit!

"Along... Along nanti rasa nak sambung belajar di mana?" Puan Zahra cuba mengajak Hassan berbicara.

"Di mana saja yang Allah nak campak Along, di situlah Along akan pergi."

"Along tak ada target nak kemana?"

"Tak, masih belum ada mahu ke mana-mana. Nantilah Along fikirkan."

Tangannya menguli-uli tepung. Tangannya pantas mengambil sedikit air, di tuangkan di dalam bekas. Di uli-uli sehingga tepung merasa sebati dan lembut.

"Nanti jangan lupa masukan 'yeast' tu Along." pesan Puan Zahra.

"Iya Ummi..."

Rela dalam terpaksa.

Matanya masih mahu tidur.

Puan Zahra melihat anaknya. Memahami keadaan anaknya seperti itu sejak di sekolah Tahfiz.

"Along, hidup ini kena ada matlamat, kena ada tujuan. Perkara pertama dalam memulai satu langkah itu niat. Nawaitu kita kena jelas. Bila kita ada niat, kita sudah ada matlamat, tujuan. Jalan orang yang mahu ke syurga itu, adalah orang yang bermatlamat, berdasarkan niat."

Hassan mendiamkan diri.

"Along, Ummi harap, sebab Along anak sulung Ummi, hidup kena ada matlamat dan tujuan. Ummi mahu anak-anak Ummi, dan keluarga kita, dapat bertemu di syurga. Kena ada niat dari sekarang. Ikhlaskan diri. Insha Allah, Bila semuanya ada tujuan, hidup akan menjadi jelas. Berhati-hatilah anakku."

Puan Zahra mengharapkan anak sulungnya ini memahami. Niatnya bukan untuk menghukum. Namun mendidik. Mahu menjadi seorang ibu yang baik untuk anak-anaknya.

Hassan sedar, pesanan ibunya itu kerana ibunya menyayanginya.

-------------------------

Tidak sedar, air matanya berguguran.

Rindu kepada ibunya semakin membuak. Hassan menutup laptopnya. Setelah chatting dengan seorang muslimah. Bukan mahu menolak fitrah. Namun jelas pesanan ibunya suatu ketika dulu. Kelurusan niat, kejelasan tujuan hidup, bermatlamatkan redha-Nya.

Sudah 5 tahun berada di Bumi Aceh, belum pernah Hassan kembali ke Malaysia. Kesukaran keluarganya mencari sumber kewangan, membuatkan Hassan maklum, dia bukanlah dari golongan yang berada.

Teringat sewaktu keluarganya menghantar dirinya di Lapangan Terbang Pulau Pinang, kata-kata keramat ibunya, Puan Zahra masih kukuh di ingatannya.

"Along, ujian Allah itu tanda Allah sayang kepada hamba-Nya. Pergilah Along ke daerah baru. Luruskan niat, jelaskan tujuan, mengapa kita ke sana. Ummi sentiasa mendoakan anak Ummi ini berjaya. Pulanglah dengan seribu kejayaan."

Bercucuran air mata Puan Zahra. Tidak sanggup berpisah dengan anaknya. Baginya setelah kematian suaminya, anaknyalah ini banyak membantunya menguruskan perniagaan kuih dan runcit. Doanya semoga Allah meredhai perjalanan hidup anaknya. 

"Ummi.. Along akan pulang secepatnya ya. Membantu keluarga kita ya. Along yakin! Sebentar saja!"

Lupa mengucapkan Insha Allah.

'Oh Ummi! Sudah 5 tahun berlalu! Rindu!'

Hatinya merintih. Derita rindu.

"Ya Allah, pertemukanlah aku dan ibuku kembali." 

Hassan memegang gambar ibunya. Di letakkan di dadanya.

Sendirian.

'Biarlah seketika ini, aku merindui hanyalah Ummiku. Hanya Ummi. Selesaikan apa yang belum selesai. Tak sanggup lagi berlama-lama di bumi ini.' Hatinya berbisik.

Hassan sedar, antara keinginan dan keperluan, keperluan yang lebih di utamakan. Namun ujian yang Allah berikan, amanah, bukanlah suatu kebanggaan. Bukanlah suatu yang perlu diperbesarkan.

Hassan bingkas bangkit. Meletakan kembali gambar ibunya. Di simpan rapi di dalam diari miliknya. Di ambil mushaf biru di samping diari. Mengulang hafazan.

Tidak berlengah, tak perlu di fikirkan apa-apa lagi. Perasaannya ketika ini hanyalah rindu. Rindu pada ibunya.

"Bismillahirrahmanirrahim..."

-------------------------------

Hari sudah menunjukan jam 4.30 petang.

Fakhrul mengemas barang-barangnya. Hatinya sudah merasakan tenang seketika. Perjalanan pulang untuk kembali ke tempat Fakhrul meletakan kenderaan di belakang bukit mengambil masa satu jam. 

"Bismillahirrahmanirrahim"

Fakhrul memulai mengatur langkahnya.


Sebelumnya, hutan belantara yang sering di datangi bersama sahabat-sahabatnya, Hassan, Safwan dan Zulkarnain. Sekadar melepaskan lelah. Mencari ketenangan di balik keindahan alam. Safwan dan Zulkarnain telah pun menamatkan kuliahnya. 

Hassan tidak dapat mengikutinya kali ini, kerana ada tugas yang harus disiapkannya. 

'Sahabat sejati hingga ke syurga.'

Hatinya berbisik. Tersenyum sendirian mengenangkan sahabat-sahabatnya. 

Setelah jauh perjalanan, barulah Fakhrul tersedar, pandangannya kabur. 

"Ah! Macam mana boleh lupa tak pakai cermin mata!"

Fakhrul melihat jam tangannya. Jam menunjukan 5.15 petang. 

Mahu tidak mahu, Fakhrul bergegas kembali ke pantai. Tidak mahu kehilangan cermin matanya. Pantas berjalan. Menyedari hari sudahpun mahu masuk ke ruang senja. Jalan yang dilaluinya adalah jalan curam. Harus hati-hati walau kakinya pantas melangkah.

"Krak!" Kayu yang di pijak Fakhrul tiba-tiba patah. 

"Arggghhhhhhh!!!"

Tubuh Fakhrul bergolek-golek. Fakhrul cuba memaksa tubuhnya memperlahankan golekan. Tangannya pantas mencari-cari akar-akar yang berjuntai.

"Dapat!" Fakhrul tersenyum. Tangannya sempat memaut akar. Namun kerana tidak sempat memperlahankan    kedudukan tubuhnya.

"Dup!" 

Kepalanya terhantuk batu.

"Allah!!!"

***Bersambung...

Tersenyum Pelangi Pada Surat Cintaku
Episod 2: Nawaitu

Belum baca episod 1? Silakan klik link ini:
Tersenyum Pelangi Pada Surat Cintaku
Episod 1: Biarlah Ada Tujuan

2 ulasan:

Nor' Adilah ( نور عاديله بنت زينال عابدين ) berkata...

Done read this chapter~! still waiting for the next =)

siti afiqah zahirah berkata...

Watak ummi dy best :D tp tak dapat nak tngkp lg episode ni sbb ada watak hassan.. Hehe.. Tp still menarik sbb bt readers trtggu2 nk bce next chapter :)