Rabu, 18 Oktober 2017

Sihir Jiwa, Irkam Ma'ana!

Fatamorgana. Kosong di dalam jiwa. 

Bumi ini milik Tuhan. Bukan milik manusia. 

Jika ianya milik kita, maka kita hanya membentuk kehancuran. Yang kuat akan menindas,dan yang kaya akan terus kaya. 

Bila mana tidak merasa adanya Tuhan, maka nafsu akan berkuasa. Kehendak manusia tidak akan puas. Mengejar sesuatu seperti tiada pengakhiran. Fatamorgana kehidupan. 

Disaat manusia mencari kebahagiaan, ada manusia yang suka mengambil kesempatan.
Dengki?
Kenapa?

Kerana itulah ujian Tuhan semasa kita hidup di dunia. 

Manusia itu sentiasa melakukan dosa, sama ada dosa dengan Tuhan atau dosa dengan makhluknya. 

Jika berdosa dengan Tuhan, jalan kembalinya adalah Taubat. 

Tetapi sekiranya dosa sesama manusia. Ia akan bawa ke akhirat. Seperti hutang, ia akan dituntut. 

Ujian manusia itu luas. Ada manusia yang kelaparan, ditindas, dipenjara, terbelenggu dengan hutang, kesempitan hidup.

Bila mana manusia berada dalam kesempitan, manusia mula mencari sinar harapan. Biarlah mendapat sedikit sinar, tetapi mampu membantunya. 

Itu saja di dunia. Belum lagi ujian di akhirat. Maka pada ketika itu, siapalah kita di hadapan Tuhan?

Allah swt berfirman:
"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat serta berserah bulat-bulat kepada-Nya sebelum kamu didatangi azab. Ini kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan." (Surah az-Zumar: 54)  
Tetapi ingatlah Allah swt telah mengingatkan kita:

"Apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan ataupun bala bencana, ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa. Pada masa yang sama, Allah memaafkan sebahagian besar dosa kamu." (Surah Asy-Syura: 30) 

Bumi ini luas, namun kecil pada pandangan Allah. 

Apa saja ujian yang Allah berikan kepada kita, sebahagiannya adalah untuk mengampunkan dosa-dosa yang telah kita lakukan. 

Kerana kita adalah hamba-Nya. Hamba yang berdosa. 

Sebagai peringatan, Allah memberitahu keadaan sekiranya kita ini ahli neraka dalam surah al-Alaq, ayat 12 dan 13:
"Orang yang memasuki api neraka tidak akan mati, dan tidak pula hidup di dalamnya."

Ketika Nuh Alaihissalam berada di dalam bahtera, pada ketika banjir besar melanda dunia. Dilihat anaknya berenang mencari tempat perlindungan. Lalu dipanggil anaknya untuk ke bahteranya. 

Anaknya dengan angkuh, menolak ajakan ayahnya, lalu Allah menenggelamkan anaknya. 

Hidayah milik Allah, bukan milik manusia. Manusia tidak mampu untuk menyelamatkan iman manusia yang lain, hatta keluarganya sendiri. 

Maka, siapakah yang mampu menyelamatkan kita dari ujian sewaktu kita masih hidup di dunia dan juga ujian di akhirat. 

Maka, Allah-lah sebaik-baik penyelamat dan sebaik-baik tempat kembali. 

Sama ada kita pulang ke pangkuan-Nya dengan cara baik, atau sebaliknya.

Berdoalah:

Tiada ulasan: