Selasa, 27 Februari 2018

8 Langkah Untuk Pagi Yang Produktif


"Anda akan bangun pagi sebanyak 20,805 hari di sepanjang usia dewasa. Ambil purata jangka hayat rakyat negara ini (malaysia) ialah sekitar 75 tahun. (75 tahun - 18 tahun =57 tahun) sama ada lebih atau kurang. Jadi bagaimana anda boleh mencipta rutin pagi yang produktif? Jom cuba 8 strategi di bawah ini..."

  1. Urus tenaga, bukan masa dengan melakukan kerja-kerja seperti menulis sekiranya paras tenaga kreatif ada paling tinggi pada waktu pagi.
  2. Membuat persediaan pada waktu malam sebelumnya dengan menyenaraikan tugas yang perlu diselesaikan.
  3. Jangan buka email sehingga tengahari (melainkan perkara yang sangat penting.
  4. Tutup telefon bimbit dan letakkannya di dalam bilik sebelah.
  5. Lakukanlah pekerjaan di tempat yang nyaman.
  6. Duduk tegak dengan postur yang betul kerana tubuh sangat memerlukan oksigen.
  7. Nikmati hidangan sebagai hadiah menjelang waktu tengahari.
  8. Tetapkan rutin pagi seperti bermula dengan minum air atau bersenam. 

Ayuh Pemuda! Jagalah kesihatan agar tubuh kita tetap segar dan fit kerana Allah. Nabi saw pernah menyebutkan bahawa, Allah mencintai seorang muslim yang kuat berbanding yang lemah.

Maka ayuh, sahutlah cabaran ini! 

Sumber: Majalah i-sihat edisi Februari 2018

Tiada ulasan: