Ahad, 18 Mac 2018

Tamsilan Pada Beriman Dengan Nabi Muhammad


Lepas mengaji semalam, sambil makan juadah yang disediakan oleh pihak masjid, sembang isu semasa sikit. Kemudian, mantan imam masjid mencelah:

"Ustaz, nak bertaya sikit. Ada yang bertanya, kenapa kena beriman dengan al-Quran dan Nabi Muhammad?, Kenapa tak pakai syariat nabi lain juga"

Mata saya melilau sekeliling, mahu mencari sesuatu yang lebih mudah untuk difahami. Kemudian saya terpandang HP saya sendiri. Alhamdulillah, Allah berikan ilham. 


"Pak cik, ini contoh saja ya, pak cik pakai handphone apa sekarang?"

Kemudian, pak cik itu mengeluarkan HPnya lalu ditunjuknya kepada saya.

"Ok, bandingkan saja handphone yang ada pada pak cik dan yang baru keluar yang mempunyai ciri-ciri terkini dan eksklusif, mana yang orang nak?"

"Mestilah yang terkini.."

"Jadi Nabi kita itu Nabi yang terakhir, syariatnya, Allah beritahu kepada kita adalah syariat yang sempurna dan tak lut ditelan zaman. Jadi mana yang perlu kita nak pakai syariatnya?"

Pak cik itu tersenyum tanpa memahami.

"Mestilah yang latest dan terkini, apatah lagi ia adalah model yang paling sempurna dan tidak ada yang sempurna setelahnya."

++++++++++

Kehidupan kita banyak soal dan jawabnya. Kehidupan kita ini adalah milik Allah swt semata-mata. Dimana-mana saja ada kekuasaan Allah. Akal juga milik Allah. Dialah yang memberi hidayah pada siapa yang mengkhendakinya. 

Kisah diatas kisah yang benar, dan benar-benar terjadi. Ada soalan yang perlu kita jawab atas kefahaman dan kemampuan akal seseorang. Cukup untuk membuatkan mereka faham dan senyum, itu adalah kenyamanan di dalam keimanan. 

Hanya milik Allah-lah hati-hati kita. 

Tiada ulasan: