Ahad, 18 Mac 2018

Sehingga Berumur 40 Tahun


1. Lipatlah tilam dan bantal yang selesa dan hidupkan malam dengan amalan yang soleh.

2. Ingatlah kembali usia yg telah dilalui ,hitunglah masa yang telah banyak terbuang.
▶️Jangan terlalu banyak berehat dan berhibur.
▶️kurangkan memakai pakaian mahal, dan memakan makanan yang sedap.
▶️Jangan banyak bersenang lenang kerana kematian semakin menghampiri.

3. Imam syafie ketika umurnya 40 tahun sudah berjalan menggunakan tongkat supaya mengingatkan diri sedang menuju ke alam akhirat.

4. Jika masih tidak berubah ketika umur msuk 40 tahun, syaitan telah pun menobatkan dirinya sebagai rakannya untuk masuk ke dalam neraka.

5. Kurangkan fikir tentang hal keduniaan, kumpullah amalan untuk bertemu dengan kematian.

6. Pada usia ini, tukarkan niat kerja kerana Allah. Fokus urusan dunia untuk mendapat kerehdaan Allah swt.


7. Cukuplah harta yang ada pada umur ini, kerana itu saja rezeki yang Allah beri. Perbanyakkanlah amalan soleh dan kurangkan pesona kepada dunia jika tidak mahu terus tertinggal amalan menuju ke akhirat.

8. Jangan tamak dengan dunia. Ingat dunia bukan lagi milik kita.

9. Seorang ulama berkata:
"Aku dengar setiap pagi ada suara dari langit ke 4 yang menyeru.

"Wahai anak yang berusia 40 tahun. Kamu sudah hampir kepada kematian...wahai anak berumur 50 tahun..hitunglah apa yang kamu belum lakukan untuk mati...wahai anak umur 60 tahun masa kamu sudah tiada."

10. Doa semasa berumur 40 tahun ke atas.
"Wahai Tuhanku tolong lapangkan dalam diri aku rasa syukur atas nikmat yg telah kau beri..kepada kedua ibu bapaku dan redailah mereka."

11. Banyakkanlah taubat dengan beristighfar 70x sehari.

12. Tingkatkan keyakinan kepada agama dengan beriktiqad hanya Islam yang jadi pegangan hingga mati.

13. Jagalah hati, bersihkan hati- redha dengan ketentuan dan berbaik sangka dengan Allah swt.

14. Tingkatkanlah iman dan ibadah dan perbanyakkanlah amalan sunat dan jadikanlah solat lebih khusyuk dan meningkatkan kualiti dalam amalan soleh.

Kesimpulan dari tajuk 
SEHINGGA UMUR 40 TAHUN
Oleh: Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani
Mau'izati IKIM.fm

Tiada ulasan: