Jumaat, 12 April 2019

Hidup Sentiasa Berubah


Perjalanan hidup manusia masih lagi panjang dan memerlukan pembaikan demi pembaikkan. Baik dari sektor ekonomi, sosial malah pendidikkan juga tak ketinggalan. 

Banyak faktor perubahan-perubahan yang berlaku dalam kehidupan manusia tanpa manusia sedari. Namun ianya perlukan proses untuk membiasakan diri dalam keadaan dan suasana yang baru. Kehidupan manusia takkan sama dengan kehidupan manusia yang lainnya. Ianya tidak sama tapi boleh disimpulkan sebagai serupa. 


Perubahan Hidup.


Begitu juga halnya dengan diri saya sendiri. Setiap saban tahun ada sahaja perubahan baik dari segi pekerjaan dan suasana. Hari ini saya duduk di bangku yang telah lama saya idam-idamkan iaitu menjadi seorang pensyarah. 

Ya, menjadi pensyarah sepenuh masa. Namun apabila menjadi pensyarah, ianya tetap menjadi beban dan bersedia apa yang tidak kita sukai sewaktu berad di kerusi itu. 

Menjadi pensyarah ini bebannya sangat besar, iaitu mendidik manusia untuk menjadi manusia. Bukannya mudah oleh kerana di zaman ini, manusia ini melihat mendapatkan sijil adalah salah satu dari batu loncatan yang perlu mereka dapatkan. Mahu mengubah mentaliti manusia ini bukan satu perkara yang mudah dan perlunya mengambil masa yang panjang. Ia tidak semudah memetik jari. 


Kekangan Masa

Begitu juga dengan masa yang ada. Banyak masa yang kebanyakan manusia hilang. Sewaktu bujang, kita ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan samada sendiri atau bersama kawan-kawan. 

Namun kini tidak lagi. Masa ini adalah masa yang sangat sukar apatah lagi dengan kemampanan ekonomi negara yang begitu rendah. 

Tempiasnya terkena juga pada saya. Setelah habis waktu mengajar, saya terus bersiap untuk ke pasar-pasar di sekitar daerah Taiping. Yang penting, saya masih mampu menanggung dan menyara keluarga. Namun masa terpaksa dikorbankan. Masa bersama keluarga, rakan-rakan dan juga organisasi yang saya sertai. Malah, masa untuk diri sendiri pun hampir tiada. 

Merenung dan Bertanya

Semua kesibukan dan kekangan masa itu, saya cuba berhenti sejenak dari kesemua kesibukan tersebut. Saya merenung kembali apa permasalahan yang perlu saya selesaikan dan apa yang perlu saya kurangkan supaya saya tidak terbeban serta tidak mengorbankan perasaan orang yang disayangi. 

Pertama: tindakan yang perlu saya ambil adalah membuat jadual dan perancangan. Begitu juga dengan proses output dan input. Semua itu dilaksanakan dalam bentuk SWOT. 

Kedua: membuat perancangan kewangan. Apa yang perlu dibeli, apa yang perlu dibayar, dan bila perlu menyimpan. Semua itu perlu kepada perancangan. 

Ketiga: membuang tindakan yang tidak perlu dilakukan agar masa dan tenaga tidak berada dalam keadaan sia-sia dan berlebih-lebihan. 

Menukar Mood Bahan Bacaan

Selain itu saya mencari bahan-bahan bacaan yang saya perlukan untuk mengurus diri dan juga kewangan. Mengurus diri dari segi kepimpinan dan kewangan agar kewangan tidak sentiasa bocor dan terlalu banyak penggunaanya, 


Untuk mendapatkan hasil yang maksimum, saya terpaksa melaburkan modal untuk mendapatkan bahan-bahan tersebut. Kalau sebelum ini saya suka mengumpul bahan-bahan bacaan yang saya suka, namun setelah melalui perubahan dalam hidup, terpaksa mengubah hala bacaan saya kepada bahan yang saya kurang memahami dan menguasainya. 

Bak kata majikan saya, susah itu bersifat sementara. Kalau perubahan hidup sahaja perlu ambil masa, inikan pula ilmu. 

Isunya adalah, kalau dunia sahaja berubah, mengapa kita pula tidak mahu berubah? 

Kalau saja kehidupan boleh berubah, mengapa tidak kita mengikuti suasana perubahan itu?

Yang sebenarnya, dalam hidup ini, kitalah yang memandu perubahan itu. Kita yang perlu berubah, bukan dunia memaksa kita berubah, 

Tiada ulasan: