Isnin, 27 November 2023

Tulis Khat di Mug, Keinginan Kraftangan Yang Sudah Lama Terpendam


Saya dari dulu nak buat benda-benda yang berkaitan dengan seni dan kraftangan macam ni. Tapi kekangan masa dan tiada ilmu, jadi niat hanya sekadar harapan saja.
 
Kemudian ambil keputusan sambung belajar di UIN Ar-Raniry, Banda Aceh. Masuk pertandingan kaligrafi di sana. Ternyata pengiktirafan Johan Khat Peringkat Negeri Perak 2007 antara Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) tidak menjanjikan kemenangan selanjutnya. Malah kalah dan paling corot. Sedih gilaaa...
 
Antara 56 peserta itu, sayalah paling tercorot. Bahkan bila tengok hasil dengan peserta lain, jauhnya penggunaan kemahiran yang digunakan. Luluh jugalah hati tu sampai tidak bersemangat mahu meneruskan penulisan kaligrafi lagi. Dah kecewa kan... 
 
Niat tu masih ada wehhh...
 
Sampailah baru-baru ini member yang juga kakitangan IKDAR dalam bahagian media dan senilukis ni tawarkan buat benda-benda tu. Saya tulis, dia proses.
 
Alhamdulillah sekurang-kurangnya dari hasil kerjasama ini, nampaklah peluang tu dalam bidang kraftangan boleh memberikan peluang dan pulangan. Sekurang-kurangnya kita menikmati hasil kerja yang kita inginkan.
 
...dan sekarang, mug ni dalam proses nak membakar dan mengikis, bagi betul-betul kualitinya terjamin. Tulisan juga tak luntur kalau basuh. Insha Allah.

Bagi saya lah, ini adalah kemahiran tangan yang ada pada saya ketika ini bagi mempeluaskan peluang dan rezeki. Sekurang-kurangnya bila dah ada peluang, kita cuba aplikasikannya dulu kemahiran yang ada dan cuba buat yang terbaik sebaiknya.
 
Bak kata Jutawan Internet, Irfan Khairi, 
"mulakan apa yang ada ditangan."
Moga kemahiran ini dapat diperhalusi dan ilmu kemahiran yang saya ada tidak hilang.

Korang ada kemahiran apa yang dari tangan? Boleh lah kita kongsikan. 

Tiada ulasan: